Sabtu, 28 Ogos 2010

Perjuangan Nasionalisme Melalui Mata Pena

>Peranan akhbar dan majalah Melayu

Pada tahun 1930-an, akhbar-akhbar Melayu mula menyuarakan isu yang berkaitan dengan aspek sosial, ekonomi dan politik orang Melayu. Akhbar-akhbar ini berjaya menyemaikan semangat kebangsaan dalam diri orang Melayu. antara akhbar yang berpengaruh pada tahun 1930-an ialah Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu.


Akhbar Majlis



>Kegiatan persuratan di kalangan orang Cina dan orang India

Masyarakat Cina dan India telah mengeluarkan akhbar sebelum Perang Dunia Kedua. Antara akhbar masyarakat Cina ialah Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News. Masyarakat India pula ialah Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasu.







Lat Pau

Akhbar Cina dan India banyak melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu dan di negara Cina dan India.

Terdapat juga akhbar berbahasa Melayu yangh diterbitkan oleh orang Cina dan India iaitu Jawi Peranakan dan Cina peranakan. Akhbar yang diterbitkan oleh Jawi Peranakan ialah Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri dan akhbar diterbitkan oleh Cina Peranakan ialah Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru, Bintang Peranakan.


Akhbar Jawi Peranakan

Akhbar masyarakat peranakan ini memberi tumpuan terhadap berita hal ehwal masyararakat dan berita ringkas tentang peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negeri.

>Keseaan kebangsaan melalui penulisan kreatif

Karya kreatif seperti puisi, cerpen dan novel merupakan salah satu cara menaikkan semangat kebangsaan.golongan guru, wartawan dan penulis menjadikan saluran untuk memperjuangkan orang Melayu. Banyak puisi bertemakan semangat kebangsaan dihasilkan dan disiarkan dalam akhbar dan majalah. Puisi tujuan menaikkan semangat patriotisme akan bangsa dan negara untuk mempertahankan maruah bangsa dan negara.

Kesedaran kebangsaan dapat disampaikan di kalangan masyarakat melalui novel dan cerpen. Karya-karya sastera yang bertemakan semangat perjuangan, nasib bangsa dan semangat cinta akan tanah air telah menimbulkan kesedaran di kalangan orang Melayu. Antara Penulis cerpen yang terkenal ialah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad dan Shamsuddin Salleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan