Jumaat, 27 Ogos 2010

Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan

Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh pelajar-pelajar yang menuntut pelajaran di Timur Tengah terutamanya ialah Mesir. Pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.





Apabila mereka pulang ke tanah air, menggerakkan suatu gerakan iaitu Gerakan Islah. Golongan ini ialah Kaum Muda. Tokoh gerakan ini ialah Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi.
Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin

Kaum Muda telah mengeluarkan majalah Al-Imam . Ini ialah satu idea pembaharuan Kaum Muda untuk disebarkan dengan cara ini. Majalah ini memberi kesan besar kepada orang Melayu dan mereka sedar akan ekonomi dan pendidikan. Selepas majalah Al-Imam dihentikan pada 1908, majalah lain telah mengambil alih seperti Neraca, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara.

Kaum Muda juga menubuhkan tiga buah sekolah iaitu Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di Pulau Pinang, Madrasah al-Diniah Kampung Lalang di Padang Rengas dan Madrasah Il-Ihya Assyarif, Gunung Semanggol di Perak.

Idea Kaum Muda ni ditentang oleh Kaum Tua. Kaum Tua ialah terdiri daripada golongan ulama dan pegawai agama yang tidak menerima ide Islah yang dipelopori oleh Kaum Muda. Golongan ini berpegang kuat kepada adat dan agama Islam. Kaum Tua menerbitkan majalah Lidah Benar dan Suara Benar untuk menentang idea Kaum Muda. Perkara yang dipertelingkahkan hanya perkara kecil dan tidak melibatkan perkara pokok dalam agama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan