Khamis, 26 Ogos 2010

Pahlawan Negara

Untuk memerdekakan negara ini , telah banyak pahlawan terkorban seperti Dato' Maharaja Lela dan Tok Janggut. Dato' Maharaja Lela telah terkorban kerana telah membunuh J.W.W. Birch. Sebenarnya, Raja Abdullah, Raja Ismail dan beliau telah bermesyuarat di Durian Sebatang. Dalam mesyuarat itu mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch. Mereka memberontak terhadap British kerana British telah mengambil hak mengutip cukai, memperkenalkan cukai baru, mencabar ketuanan Melayu dan mencabuli adat resam. Pada 2 November 1875, Birch telah menyebarkan surat pengishtiharan mengambil hak mengutip cukai di Pasir Salak. Kesempatan ini telah digunakan oleh Dato' Maharaja Lela untuk membunuh Birch. Pembunuhan ini menyebabkan British menyerang Pasir Salak dan dikenali sebagai Perang Perak. Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak dan pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban. Pertempuran ini telah berlaku hampir 1/2 tahun. Namun, pihak British yang mendapatkan bantuan dari Hong Kong dan India berjaya kalahkan pejuang Perak. Pada 1877, Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Pak Indut dan Sepuntum dijatuhi hukuman gantung sampai mati manakala Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles dan Raja Ismail dibuaang negeri ke Johor. Dato' Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan Melayu dalam menebus kedaulatan bangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan