Ahad, 29 Ogos 2010

MERDEKA!!!!!!!!


Selapas Tunku Abdul Rahman pulang dari London, upacara menurunkan bendera Union Jack dijalankan dan pada detik 12.01 pagi, Tanah Melayu telah menaikkan bendera Malaysia dan melaungkan perkataan 'Merdeka' oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebanyak tujuh kali dan juga menandakan Tanah Melayu telah dibebaskan oleh penjajahan British. Itulah detik yang dinantikan oleh seluruh rakyat Tanah Melayu.
MERDEKA!!!!!MERDEKA!!!!!MERDEKA!!!!!MERDEKA!!!!!
MERDEKA!!!!!MERDEKA!!!!MERDEKA!!!!!

1 MALAYSIA MENJANA TRANSRORMASI

Sabtu, 28 Ogos 2010

Perjuangan Nasionalisme Melalui Mata Pena

>Peranan akhbar dan majalah Melayu

Pada tahun 1930-an, akhbar-akhbar Melayu mula menyuarakan isu yang berkaitan dengan aspek sosial, ekonomi dan politik orang Melayu. Akhbar-akhbar ini berjaya menyemaikan semangat kebangsaan dalam diri orang Melayu. antara akhbar yang berpengaruh pada tahun 1930-an ialah Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu.


Akhbar Majlis



>Kegiatan persuratan di kalangan orang Cina dan orang India

Masyarakat Cina dan India telah mengeluarkan akhbar sebelum Perang Dunia Kedua. Antara akhbar masyarakat Cina ialah Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News. Masyarakat India pula ialah Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasu.







Lat Pau

Akhbar Cina dan India banyak melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu dan di negara Cina dan India.

Terdapat juga akhbar berbahasa Melayu yangh diterbitkan oleh orang Cina dan India iaitu Jawi Peranakan dan Cina peranakan. Akhbar yang diterbitkan oleh Jawi Peranakan ialah Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri dan akhbar diterbitkan oleh Cina Peranakan ialah Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru, Bintang Peranakan.


Akhbar Jawi Peranakan

Akhbar masyarakat peranakan ini memberi tumpuan terhadap berita hal ehwal masyararakat dan berita ringkas tentang peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negeri.

>Keseaan kebangsaan melalui penulisan kreatif

Karya kreatif seperti puisi, cerpen dan novel merupakan salah satu cara menaikkan semangat kebangsaan.golongan guru, wartawan dan penulis menjadikan saluran untuk memperjuangkan orang Melayu. Banyak puisi bertemakan semangat kebangsaan dihasilkan dan disiarkan dalam akhbar dan majalah. Puisi tujuan menaikkan semangat patriotisme akan bangsa dan negara untuk mempertahankan maruah bangsa dan negara.

Kesedaran kebangsaan dapat disampaikan di kalangan masyarakat melalui novel dan cerpen. Karya-karya sastera yang bertemakan semangat perjuangan, nasib bangsa dan semangat cinta akan tanah air telah menimbulkan kesedaran di kalangan orang Melayu. Antara Penulis cerpen yang terkenal ialah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad dan Shamsuddin Salleh.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Intelktual Mematangkan Perjuangan


Selepas gerakan Islah, golongan ini pula yang menyemarakkan semangat kebangsaan pada tahun 1930-an.


Lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ialah golongan intelektual pendidikan Melayu.Mereka terdiri daripada guru-guru memainkan peranan sebagai pemimpin masyarakat. Untuk memajukan orang Melayu, mereka bersatu dengan golongan cerdik pandai agama untuk mendapatkan tenaga dan fikiran. Usaha ini telah menyedarkan masyarakat untuk membebaskan Tanah Malayu daripada British. Antaranya ialah Harun Aminurrashid, Ibraim Haji Yaacob dan Abdul Hadi Hassan.

Abdul Hadi Hassan

Golongan intelektual berpendidikan Inggeris juga memperjuang kesedaran kebangsaan. Peluang yang ada untuk mendapatkan hak orang Melayu dalam bidang pendidikan, ekonomi dan pentadbiran telah digunakan dalam sistem pentadbiran dan perundangan. Mereka juga menubuhkan persatuan dan menggunakan bidang penulisan untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Antara tokoh-tokohnya ialah Raja Chulan, Mohammad Eunos Abdullah, Dato' Oon Jaafar an Ishak Haji Muhammad.

Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan

Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh pelajar-pelajar yang menuntut pelajaran di Timur Tengah terutamanya ialah Mesir. Pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.





Apabila mereka pulang ke tanah air, menggerakkan suatu gerakan iaitu Gerakan Islah. Golongan ini ialah Kaum Muda. Tokoh gerakan ini ialah Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi.
Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin

Kaum Muda telah mengeluarkan majalah Al-Imam . Ini ialah satu idea pembaharuan Kaum Muda untuk disebarkan dengan cara ini. Majalah ini memberi kesan besar kepada orang Melayu dan mereka sedar akan ekonomi dan pendidikan. Selepas majalah Al-Imam dihentikan pada 1908, majalah lain telah mengambil alih seperti Neraca, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara.

Kaum Muda juga menubuhkan tiga buah sekolah iaitu Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di Pulau Pinang, Madrasah al-Diniah Kampung Lalang di Padang Rengas dan Madrasah Il-Ihya Assyarif, Gunung Semanggol di Perak.

Idea Kaum Muda ni ditentang oleh Kaum Tua. Kaum Tua ialah terdiri daripada golongan ulama dan pegawai agama yang tidak menerima ide Islah yang dipelopori oleh Kaum Muda. Golongan ini berpegang kuat kepada adat dan agama Islam. Kaum Tua menerbitkan majalah Lidah Benar dan Suara Benar untuk menentang idea Kaum Muda. Perkara yang dipertelingkahkan hanya perkara kecil dan tidak melibatkan perkara pokok dalam agama Islam.

Khamis, 26 Ogos 2010

Semangat Kebangsaan

Semangat kebangsan atau nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air. Semangat ini mendorong penduduk Tanah Melayu untuk meghalau British dari tanah air ini. Terdapat banyak perkara yang menaikkan semangat penduduk di Tanah Melayu untuk menghalau British. Antaranya ialah perkembangan negara luar memeberi inspirasi perjuangan.

Pada awal abad ke-20, gerakan kesedaran kebangsaan berlaku di Turki, Mesir, Jepun, China, Filipina, India dan Indonesia. Pada akhir kurun ke- 19, berlaku gerakan kebangkitan Islam di timur tengah. uasa barat telah memecah belahkan dan menguasai empayar Turki Uthmaniah. Oleh itu, Gerakan Pan-Islam iaitu gerakan menyatukan seluruh umat islam di timur tengah, India, Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu utuk menentang kuasa asing.

Selain itu, Mesir juga turut mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. British menjajah Mesir pada tahun 1882 menyebbakan Gerakan Islah yang ditubuhkan oleh Sayid Jamaludin Al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Pengaruh ini disebar melalui pelajar Tanah Melayu yang belajar di Mesir.







Perang Rusia-Jepun turut menaikkan semangat kerana ia merupakan kali pertama sebuah negara Asia berjaya mengalahkan kuasa Eropah.


Pada tahun 1911, Dr. Sun Yat Sen, memimpin Revolusi China telah berjaya mengalahkan kerajaan Mandu dan menubuhkan sebuah republik China. Kejayaan ini menyedarkan rakyat Tanah Melayu untuk mengahalau British.